Friday, November 20, 2009

Gaung Maut -Lubuk Timah Perak

KEWUJUDAN gaung dalam di bawah air terjun di Lubuk Timah menyebabkan pengunjung tak menyedari bahaya menanti mereka.

IPOH: Kewujudan 'gaung' sedalam hingga enam meter di bawah air terjun di Lubuk Timah, Simpang Pulai dekat sini, yang tidak disedari pengunjung ketika mandi-manda di situ dipercayai antara punca banyak kejadian lemas berlaku di kawasan perkelahan itu.

Kereta lama

Dilema orang biasa di negara kita. Macam-macam pendapat diberikan . Artikel dari BH agak menarik untuk renungan. (ruangan AUTO -20 Nov 2009). Kami pun guna kereta lama juga. Apa kesannya , tengoklah nanti.

Monday, November 16, 2009

Second bos

Tak pasal-pasal dapat 'second boss'. Pesonally dia ok, tapi professionally , not so good. He is a 'she'. Heran sungguh orang atasan ni. Jawatan di negeri ni, w/pun pangkatnya tak seberapa , tetapi pegawai kanan adalah 'public figure'. Sepatutnya pemilihan mesti berhati-hati kerana ia membawa 'imej' jabatan. Tapi pihak pengurusan tak sensitif. Ramai orang 'confused' jantinanya dari segi penampilan . Bos no.1 komplen tentang bos no.2 ni, selalu lewat, tak jaga unit yang dia patut jaga dan selalu hilang. Hari ni pun tak nampak batang hidung. Biliknya terang bermakna dia adalah tu kut. Yang oknya dia tak kacau aku. Yang tak oknya , office aku juga kena tengok kerana dia tak tahu apa-apa hal pengurusan. Itulah rezeki orang. Di jabatan kami ni, banyak perkara berlaku tidak menggembirakan hati kami . Semuanya kerana perebutan kuasa. Pihak pengurusan 'dikawal ' oleh unit tertentu. Jadi jawatan atas-atas semua depa nak bolot. Kerja tak tahu buat tak apa. Bila kerja cari kita juga. Komplen macam-macam konon pada orang depa yang dilantik, tapi semuanya 'wayang' saja. Semoga ada penyelesaianya satu hari nanti. 'Leave it to God'. Keadilan dan kebenaran akan menjelma jua.

Bas oh Bas

Hari ni kena naik bas. Bas Rapid ni buat hal pulak. Bas banyak, driver tak ada. Tambang naik sampai 40%. Service tak ada beza masa tambang RM1.00 dulu. Mungkin dulu, 'under value 'kut. Orang Penang ni suka naik bas. Ramai betul orang , termasuk nyonya-nyonya , mat bangla, mat indon. Dulu boleh talipon office dan cakap dengan pegawai dia, sekarang kalau talipon buat aduan, komputer yang jawab.